PM Kemboja Tuduh Tentera Laos Menceroboh

  • News Code : 847520
  • Source : Berita Harian
Brief

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, menuduh negara jiran, Laos, mengerahkan tenteranya menceroboh tanah Kemboja, April lalu dan meminta mereka segera keluar sebelum atau pada 17 Ogos.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, menuduh negara jiran, Laos, mengerahkan tenteranya menceroboh tanah Kemboja, April lalu dan meminta mereka segera keluar sebelum atau pada 17 Ogos.

Dalam satu majlis di Phnon Penh, Hun Sen berkata , beliau turut menggerakkan tentera ke kawasan sempadan.

Beliau juga difahamkan, kira-kira 30 askar dari Laos memasuki kawasan itu dengan sebahagiannya akan kekal berada di sana pada siang hari.

Beliau mengesahkan sudah berhubung dengan kerajaan Laos.

"Saya tidak boleh bersabar lagi. Bergaduh bukan tindakan yang betul, tetapi jika mereka tidak berundur, kami akan melakukannya.

"Kami tidak mengisytiharkan perang, kami hanya mahu mendapatkan kembali tanah kami," katanya. - REUTERS


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram