Polis Siasat Bekas Adun Kerana Komen Zakir Naik

  • News Code : 818022
  • Source : freemalaysiatoday
Brief

Polis sedang menyiasat seorang bekas Adun Pulau Pinang yang didakwa menggunakan perkataan tidak harmoni terhadap Islam di Facebook.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis sedang menyiasat seorang bekas Adun Pulau Pinang yang didakwa menggunakan perkataan tidak harmoni terhadap Islam di Facebook.

Ketua Polis IPD Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata polis menerima laporan polis terhadap bekas Adun Batu Uban, S Raveentharan semalam.

Raveentharan berkongsi laporan Malay Mail Online yang melaporkan pendakwah kontroversi Zakir Naik menggelar pengkritik sebagai “pengganas” di Facebook, dengan kapsyen “firstly Islam was never a religion of peace” (Pertama sekali, Islam bukan agama perdamaian).

Beliau, yang juga seorang peguam, menarik perkongsian itu dan memohon maaf di Facebook.

Mior berkata laporan polis dibuat oleh Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa.

Katanya lagi, keterangan bekas Adun itu sudah diambil dan siasatan sedang berjalan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menyebut perkataan-perkataan dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Kesalahan di bawah Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman 1 tahun penjara manakala kesalahan undang-undang internet membawa akibat denda RM50,000 dan kemungkinan 1 tahun penjara.

Reveentharan memberitahu FMT beliau sudah memberi keterangan di balai polis Jalan Pattani petang tadi dan tidak mahu mengulas lanjut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram