Presiden Filipina Tolak Hasrat PBB

Presiden Filipina Tolak Hasrat PBB

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, menegaskan bahawa beliau tidak akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ingin menyiasat beberapa insiden pembunuhan yang dianggap tidak adil sepanjang pentadbirannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, menegaskan bahawa beliau tidak akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ingin menyiasat beberapa insiden pembunuhan yang dianggap tidak adil sepanjang pentadbirannya.

Malah, Duterte meminta pihak polis dan tentera supaya tidak memberikan kerjasama terhadap sebarang siasatan yang dijalankan oleh badan dunia itu.

Reaksi itu selepas Kerajaan Filipina berkata, mereka sedia menerima kunjungan daripada wakil khas PBB, yang ingin meninjau kejadian pembunuhan sepanjang kempen memerangi dadah yang dilaksanakan oleh Duterte.

"Apabila pejuang hak asasi manusia atau mana-mana wakil khas tiba, arahan saya kepada kamu semua, ialah jangan menjawab sebarang soalan.

"Siapalah mereka dan siapakah kamu yang ingin mencampuri urusan saya dalam mentadbir negara.

"Jika mereka bertanya mengenai sebarang salah laku, jangan jawab.

"Sekiranya mereka bertanya kenapa, beritahu mereka bahawa kami mempunyai ketua komander yang sepatutnya mereka hubungi," katanya kepada pihak polis dan tentera dalam satu perhimpunan.

Isu rekod hak asasi manusia Filipina dibangkitkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) dalam mesyuaratnya di Geneva, baru-baru ini.

Malah, Menteri Luar Iceland, Gudlaugur Thor Thordarson pada Isnin lalu mendesak Manila untuk menerima lawatan daripada wakil khas PBB.

Bagaimanapun, Setiausaha Luar, Alan Peter Cayetano memaklumkan UNHRC bahawa Filipina sedia bekerjasama, tetapi meminta penyiasat bersikap adil ketika menjalankan siasatan serta tidak menyalah guna isu hak asasi manusia. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky