Pusat Kawalan Daesh Di Marawi Ditawan

  • News Code : 854947
  • Source : Harian Metro
Brief

Tentera Filipina berjaya menawan pusat kawalan pemberontak yang disokong militan Daesh yang menawan bandar ini hampir empat bulan lalu, kata tentera semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Filipina berjaya menawan pusat kawalan pemberontak yang disokong militan Daesh yang menawan bandar ini hampir empat bulan lalu, kata tentera semalam.

Askar Filipina berdepan pertempuran di kawasan jalanan dan bandar serta melancarkan serangan udara untuk menawan semula Marawi.

Tentera berjaya menawan pusat kawalan militan selepas bertempur sengit kelmarin di sebuah masjid dan satu lagi bangunan lain.

“Kejayaan ini terus melemahkan lagi kumpulan pengganas selepas mereka kehilangan pusat pemerintahan dan kawalan.

“Kami meneruskan operasi memburu militan dan menjangkakan tentangan sengit daripada mereka,” kata panglima tentera Filipina, Eduardo Ano.

Beratus-ratus pemberontak bersama militan Daesh menyerbu Marawi dan menawan bandar itu pada 23 Mei lalu yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Lebih 800 militan, anggota pasukan keselamatan dan orang awam terbunuh dalam konflik berkenaan.

Peperangan yang berlanjutan menyebabkan bandar itu musnah dan ratusan ribu penduduk menjadi pelarian. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram