Rancang Serang Perkahwinan Anak Jokowi

  • News Code : 865629
  • Source : Harian Metro
Brief

Polis Indonesia menangkap seorang suspek militan yang merancang menyerang kedutaan Myanmar dan majlis perkahwinan puteri Presiden Joko Widodo (Jokowi), kata pegawai semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis Indonesia menangkap seorang suspek militan yang merancang menyerang kedutaan Myanmar dan majlis perkahwinan puteri Presiden Joko Widodo (Jokowi), kata pegawai semalam.

Jurucakap polis Jakarta, Raden Argo Yuwono berkata, suspek, Rizky Anggara Putra, 25, ditangkap di sebuah rumah sewa di Bekasi, pinggir Jakarta pada tengah hari Isnin lalu.

“Rizky yang tinggal di rumah berkenaan bersama ibunya disyaki penyokong kumpulan militan Daish.

“Dia merancang melancarkan serangan terhadap kedutaan Myanmar di Jakarta dan majlis perkahwinan anak perempuan Jokowi,” katanya yang dipetik Kyodo News.

Majlis perkahwinan puteri Jokowi, Kahiyang Ayu dan pasangannya, Bobby Nasution berlangsung semalam di kediaman keluarga itu di Solo, Jawa Tengah.

Seramai 8,000 tetamu termasuk duta asing hadir ke majlis perkahwinan itu yang diadakan mengikut tradisi Jawa. - Agensi


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram