Rantau Islam Perlu Pentadbiran Sendiri

Rantau Islam Perlu Pentadbiran Sendiri

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kelmarin menggesa Kongres meluluskan rang undang-undang yang memberi pemerintahan sendiri kepada minoriti Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kelmarin menggesa Kongres meluluskan rang undang-undang yang memberi pemerintahan sendiri kepada minoriti Islam.

Beliau turut memberi amaran bahawa kejatuhannya akan menyaksikan kumpulan pemberontak meninggalkan proses damai dan kembali mengisytiharkan perang.

"Saya menggesa semua orang untuk memahami sudah tiba masanya ketidakadilan sejarah yang dilakukan kepada mereka diperbetulkan. Jika tiada apa berlaku kepada Undang-Undang Asas Bangsamoro (BBL), akan berlaku perang di Mindanao," tegasnya.

Menurut Duterte, beliau tidak dapat mengawal kumpulan pemberontak sekiranya mereka mengangkat senjata dan menuntut kemerdekaan di selatan negara itu.

Kumpulan pemberontak terbesar Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menandatangani perjanjian damai dengan pemerintah pada 2014 untuk mengakhiri konflik hampir 50 tahun yang telah meragut lebih 120,000 nyawa dan memindahkan dua juta orang. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky