Rohingya: Warga Indonesia Protes Di Kedutaan Myanmar

Ribuan warga Indonesia hari ini berhimpun di luar Kedutaan Myanmar di sini, menuntut negara itu menamatkan segera keganasan ke atas minoriti Rohingya.

Foto: AFP

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ribuan warga Indonesia hari ini berhimpun di luar Kedutaan Myanmar di sini, menuntut negara itu menamatkan segera keganasan ke atas minoriti Rohingya.

Penunjuk perasaan, ramai memakai jubah putih dan berkopiah, berjalan untuk berkumpul di luar kedutaan terbabit di pinggir ibu kota ini.

Penindasan ke atas Rohingya, yang dianggap pendatang haram dan kebanyakannya dinafikan kerakyatan di Myanmar, menjadi punca kemarahan di Indonesia dan seluruh dunia Islam.

Penunjuk perasaan melaungkan 'Allahu Akbar' dan memegang sepanduk bertulis 'Berhenti membunuh Muslim Rohingya' berkumpul mengutuk situasi kemanusiaan semakin buruk di Rakhine.

"Saya fikir ini bukan hanya isu agama, namun lebih kepada kemanusiaan. Apa yang berlaku di sana amat kejam," kata Tita Fatmawati, seorang guru dari Bogor kepada AFP.

Jurucakap polis ibu kota ini berkata, kira-kira 6,000 polis dan tentera bersenjata dihantar berkawal di luar kedutaan, yang dikepung dengan kawad duri. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky