Rusia Dan Indonesia Berikrar Bantera Ideologi Daesh

  • News Code : 847171
  • Source : ABNA24
Brief

Indonesia dan Rusia pada hari Rabu berikrar untuk memperkukuhkan kerjasama kedua-dua buah negara di lapangan keselamatan siber dan juga counterterrorism ketika masyarakat dunia gusar dengan penyebaran ajaran radikal di Asia Tenggara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Indonesia dan Rusia pada hari Rabu berikrar untuk memperkukuhkan kerjasama kedua-dua buah negara di lapangan keselamatan siber dan juga counterterrorism ketika masyarakat dunia gusar dengan penyebaran ajaran radikal di Asia Tenggara.

Menteri Luar Rusia, Serrgei Lavrov yang dalam lawatan dua hari ke Indonesia berkata bahawa kedua-dua buah negara akan bekerjasama dengan lebih rapat lagi untuk menyekat masalah penyebaran ideologi Daesh.

"Para anggota mereka (kumpulan Takfiri Daesh) kini semakin tersebar di seluruh pelusuk dunia termasuk di kawasan yang hampir dengan sempada Rusia dan Indonesia," kata Lavrov.

Ratusan militan dari Indonesia telah menyertai kumpulan Daesh di dalam peperangan mereka khususnya di rantau Timur Tengah dan Indonesia sendiri sedang menyaksikan peningkatan insiden serangan yang terkait dengan puak ekstremis.

Para pegawai Indonesia sendiri pernah mengatakan bahawa puluhan warga negaranya telah melakukan perjalanan ke bandar Marawi yang terletak di Selatan Filipina untuk berjuang bersama militan tempatan yang setia kepada kumpulan pengganas Takfiri Daesh.

Para militan yang menawan sebahagian daripada bandar itu sejak dua bulan lepas dan kini sedang giat bertempur dengan tentera Filipina yang cuba mengusir mereka keluar daripada bandar tersebut.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi pula berkata bahawa kedua-dua buah negara itu memiliki hubungan politik dan pertahanan yang baik dan negaranya berhasrat untuk memperkukuhkan hubungan dagang Moscow-Jakarta.

Kedua-dua menteri itu turut membincangkan isu ketegangan yang wujud di Semenanjung Korea, Laut China Selatan dan Timur Tengah. Akan tetapi, mereka enggan berkongsi sebarang perincian berkenaan diskusi tersebut dengan para wartawan. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram