Sarjana Gesa Orang Islam Kemaskini Pengetahuan Tentang Dunia

Sarjana Gesa Orang Islam Kemaskini Pengetahuan Tentang Dunia

Seorang ahli akademi Amerika Syarikat menyeru pemahaman lebih baik tentang kemampuan Islam disesuaikan dengan pengetahuan baharu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang ahli akademi Amerika Syarikat menyeru pemahaman lebih baik tentang kemampuan Islam disesuaikan dengan pengetahuan baharu.

Ebrahim Moosa, seorang profesor pengajian Islam di Universiti Notre Dame, Indiana berkata tiada apa pun dalam ajaran Islam yang menghalang amalan tradisi dikemaskini agar selaras dengan pandangan-pandangan dunia baharu.

“Saya tidak kata semua dalam tradisi perlu dibuang, tetapi beberapa unsur tradisi sudah ketinggalan zaman dalam dunia hari ini,” katanya di satu kuliah terbuka di Universiti Nottingham di sini.

Beliau berkata pakar undang-undang Islam harus menggunakan pendekatan perkaedahan yang membolehkan mereka mencari jawapan daripada tradisi serta daripada pengalaman hidup kontemporasi.

Merujuk kepada kontroversi tahun lepas di mana 2 perniagaan dobi yang diusahakan orang Islam menolak pelanggan bukan Islam, beliau berkata pokok masalahnya ialah kegagalan mengemaskini pengetahuan.

Beliau berspekulasi pemilik dobi itu sama ada tidak tahu bagaimana mesin basuh berfungsi atau menerima nasihat salah daripada pemimpin agama yang tidak mempunyai pengetahuan yang sepatutnya.

Beliau faham mengapa mereka khuatir tentang pencemaran daripada kotoran yang dianggap tidak tidak suci dalam Islam.

Beliau berkata: “Pernahkah kamu dengar air itu membersihkan? Air membersihkan sesuatu dan itu terkandung dalam syariah.

“Tetapi saya tahu mengapa dia merasakan begitu. Dia akan kata air tidak mencukupi jika kamu basuh pakaian dalam mesin basuh dan kamu perlu basuh pakaian dalam bekas besar atau kolam kalau mahu membersihkannya.

“Dia kemudian bercakap tentang perkara teknikal tanpa menyedari ada bekalan air tanpa had disalurkan ke dalam mesin basuh, yang akan berputar dan membersihkan semua pakaian itu.

“Tambahan pula, seseorang yang tahu bagaimana kedai dobi berfungsi faham kamu tidak basuh pakaian bersama dalam satu mesin.

“Tetapi dia mungkin tertanya, ‘tidakkah silinder itu tercemar?’. Mengarutlah. Silinder itu diperbuat daripada logam, dan ada banyak air yang mengalir dalam silinder itu. Jadi kamu tidak akan temui kesan minyak babi.

“Kalau pun adan kesan itu, Tuhan sangat memaafkan. Tuhan tidak akan kaji dan tanya berapa banyak DNA babi pada pakaian kamu.”


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram