Sebahagian Anggota Daesh Sedia Untuk Menyerah Diri: Filipina

  • News Code : 853880
  • Source : Reuters
Brief

Sebahagian daripada militan Daesh yang dikepung di bandar ini telahpun menghantar ‘utusan’ sekaligus membayangkan bahawa mereka telah bersedia untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas tiga bulan setengah bertempur, kata tentera semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebahagian daripada militan Daesh yang dikepung di bandar ini telahpun menghantar ‘utusan’ sekaligus membayangkan bahawa mereka telah bersedia untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas tiga bulan setengah bertempur, kata tentera semalam.

Askar Filipina menggunakan pembesar suara bagi menggesa militan menyerah diri dan memberitahu mereka tidak akan dibunuh sekiranya meletakkan senjata, menukarkan pakaian hitam yang dipakai mereka dan berjalan ke arah lokasi yang ditetapkan. Menurut laporan, masih terdapat sekitar 50 hingga 60 orang pengganas yang bertahan di satu kawasan kecil di Marawi.

“Kami berharap mereka menyerah diri dalam tempoh beberapa hari lagi," kata jurucakap tentera, Kolonel Romeo Brawner.

“Ada orang utusan. Sudah pasti ada utusan dihantar,” kata, jurucakap tentera, Romeo Brawner tanpa mengulas lanjut.

Tawaran menyerah diri itu dibuat susulan usaha Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang memulakan kembali rundingan bersama pihak militan dengan bekas Datuk Bandar Marawi, Omar Solitario Ali menjadi orang tengah di dalam proses itu.

Duterte pada Sabtu lepas menolak sebarang kemungkinan untuk membenarkan para militan dilepaskan sebagai pertukaran kepada pembebasan para tebusan yang ditawan mereka.

Sementara itu, dua lagi askar terbunuh kelmarin menjadikan seramai 147 anggota keselamatan maut dalam konflik berkenaan. Menurut pihak tentera, konflik di Marawi itu juga telah menyebabkan 655 militan dan 45 orang awam terbunuh.

Lebih daripada 20 struktur dirampas kembali oleh pihak berkuasa Filipina yang mana sebahagiannya telah dipasang dengan jerangkap samar. Sebahagian daripada struktur itu adalah bangunan tinggi yang pernah digunakan oleh penembak tepat kumpulan Daesh untuk menembak tentera kerajaan.

Brawner juga menyifatkan bahawa operasi tentera di Marawi sebagai "sebuah pencapaian besar memandangkan pihak musuh telahpun menyiapkan kedudukan pertahanan yang kukuh."

Walaupun sebahagian tempat di Marawi menyaksikan kepulangan penduduk awam, pembukaan semula premis-premis perniagaan dan sekolah, kebanyakan kawasan masih kosong. Pusat bandar itu kelihatan seperti kawasan tinggal yang kerap dibom melalui serangan udara dan menjadi medan pertempuran. - Reuters

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram