Sokong Daesh Di Google+, Wanita Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup

  • News Code : 866895
  • Source : Bernama
Brief

Seorang jurutera sokongan teknikal sebuah kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyokong kumpulan pengganas IS menggunakan aplikasi media sosial.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang jurutera sokongan teknikal sebuah kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyokong kumpulan pengganas IS menggunakan aplikasi media sosial.

Irma Julyanti Buang, 32, didakwa dengan pengetahuan telah menyokong kumpulan pengganas dengan cara menggunakan aplikasi media sosial, Google+ atas nama Celestica-Irma Julyanti Binti Buang miliknya di bilik kejuruteraan Kilang Celestica (AMS), Jalan Seelong, Johor Bahru, Johor pada Januari 2016 hingga 20 April 2017.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menetapkan 29 November untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram