Suu Kyi Tidak Hadir UNGA

  • News Code : 854032
  • Source : Berita Harian
Brief

Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang dikecam berhubung keganasan etnik hingga memaksa 370,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, tidak akan menghadiri sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, kata jurucakap partinya hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang dikecam berhubung keganasan etnik hingga memaksa 370,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, tidak akan menghadiri sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, kata jurucakap partinya hari ini.

Krisis berhubung tindak balas ganas pasukan keselamatan kepada siri serangan militan Rohingya adalah masalah terbesar dihadapi Suu Kyi sejak menjadi pemimpin negara itu tahun lalu.

Pengkritik mendesak hadiah Nobel Keamanan yang diperolehnya ditarik balik kerana kegagalan beliau menghalang keganasan itu.

Dalam ucapan pertamanya di UNGA sebagai pemimpin negara September tahun lalu, Suu Kyi mempertahankan usaha kerajaannya menyelesaikan krisis berhubung layanan terhadap minoriti Islam itu.

Tahun ini, jurucakap partinya, Aung Shin, berkata Suu Kyi tidak akan menghadiri perhimpunan itu namun tidak pasti sebabnya.

"Beliau tidak pernah takut berdepan kritikan atau masalah. Mungkin beliau menerima banyak tekanan di sini," kata Aung Shin.

Tekanan antarabangsa memuncak ke atas Myanmar untuk menamatkan keganasan di Rakhine yang bermula 25 Ogos lalu apabila militan Rohingya menyerang 30 pos polis dan pangkalan tentera. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram