Tak Akan Setuju Pertukaran Tebusan

  • News Code : 853520
  • Source : Harian Metro
Brief

Presiden Filipina Rodrigo Duterte menolak kemungkinan membenarkan militan yang mempunyai kaitan dengan Daesh melarikan diri dari bandar di selatan negara itu sebagai pertukaran untuk membebaskan puluhan tebusan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Filipina Rodrigo Duterte menolak kemungkinan membenarkan militan yang mempunyai kaitan dengan Daesh melarikan diri dari bandar di selatan negara itu sebagai pertukaran untuk membebaskan puluhan tebusan.

“Tidak mungkin,” kata Duterte kepada wartawan ketika ditanya mengenai khabar angin yang seorang pemimpin kumpulan itu, Omarkhayam Maute, yang mencadangkan untuk membebaskan tebusan sebagai pertukaran mereka melarikan diri dengan selamat.

Kumpulan kecil militan itu masih berada di tengah bandar yang dimusnahkan serangan meriam dan bom, dalam kejadian yang mencetuskan kebimbangan Daesh menjadikan selatan negara itu sebagai kubu baru selepas semakin dilumpuhkan di Iraq dan Syria.

Tentera menganggarkan 20 hingga 30 tebusan ditahan di bandar itu, dengan segelintir dipercayai dipaksa melawan tentera kerajaan.

“Jika saya dapat menyelamatkan satu nyawa di sana, saya sanggup tunggu setahun lagi untuk menguasai semula bandar itu,” kata Duterte selepas melawat askar yang cedera di Cagayan de Oro, tidak jauh dari bandar Marawi.

Undang-undang tentera dikenakan di Mindanao, pulau yang mempunyai 22 juta penduduk, sehingga hujung tahun ini bagi membenarkan tentera menghapuskan kumpulan militan pro-Daesh. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram