Tiada Pendakwaan Terhadap Pengarah IRF

  • News Code : 870997
  • Source : Free Malaysia Today
Brief

Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS WP) berkata pihaknya belum mengarahkan apa-apa pendakwaan terhadap Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Datuk Dr Ahmad Farouk Musa kerana “bersubahat” dengan penulis Turki Mustafa Akyol yang didakwa berceramah tanpa tauliah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS WP) berkata pihaknya belum mengarahkan apa-apa pendakwaan terhadap Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Datuk Dr Ahmad Farouk Musa kerana “bersubahat” dengan penulis Turki Mustafa Akyol yang didakwa berceramah tanpa tauliah.

Dalam surat bertarikh 20 November kepada peguam Dr Farouk, Rosli Dahlan, Ketua Pendakwa Syarie JAPENS WP Ibrahim Deris berkata, kertas siasatan pendakwaan juga belum diterimanya.

Menerusi surat yang sama, Ibrahim turut meminta Rosli mendapatkan penjelasan daripada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kehadiran pengarah IRF itu hari ini sama ada di Mahkamah Syariah atau Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

Dalam pada itu, menerusi surat bertarikh 23 November, Jawi menyatakan tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan terhadap Dr Farouk masih lagi di peringkat siasatan.

Sebelum ini, dilaporkan Dr Farouk diminta hadir ke Mahkamah Syariah untuk didakwa kerana “bersubahat” dengan Akyol.

Pada 25 September lalu, Akyol yang sedang mengadakan satu siri ceramah di Malaysia, dipanggil Jawi.

Akyol dipanggil ke pejabat Jawi untuk disoal siasat di bawah Seksyen 11 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 kerana mengajar agama tanpa tauliah daripada pihak berkuasa agama itu.

Jawi turut memanggil Dr Farouk yang didakwa melanggar Seksyen 43 akta sama kerana “bersubahat” dengan Akyol.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram