UKM Batal Wacana Akademik Sarjana Iran

UKM Batal Wacana Akademik Sarjana Iran

Satu wacana akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sepatutnya menampilkan pakar rohani Islam pada saat-saat akhir, menimbulkan persoalan sama ada pihak berkuasa kampus ditekan kerana kandungan wacana yang mungkin menyinggung pihak berkuasa Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Satu wacana akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sepatutnya menampilkan pakar rohani Islam pada saat-saat akhir, menimbulkan persoalan sama ada pihak berkuasa kampus ditekan kerana kandungan wacana yang mungkin menyinggung pihak berkuasa Islam.

Wacana anjuran Institut Dunia Melayu dan Ketamadunan (Atma) UKM itu sepatutnya menampilkan Mahmoodreza Esfandiar, seorang profesor madya di Universiti Azad, salah satu universiti terbesar di Iran.

Esfandiar, seorang pakar sufisme, dijadualkan bercakap tentang “Ketamadunan dan Warisan Budaya Iran dan Dunia Melayu”.

Wacana itu sepatutnya diadakan semalam tetapi dibatalkan, menurut Facebook Atma, tanpa menyatakan sebab.

Usaha FMT mendapatkan penjelasan daripada UKM menemui kegagalan.

Pengarah Atma, Supyan Hussin, sekadar berkata pembatalan dibuat atas “sebab teknikal”, dan menambah wacana yang sama akan diadakan nanti. Permohonan kepada pengurusan universiti untuk mendapatkan komen juga tidak mendapat respon.

Esfandiar menerbitkan beberapa buku dan artikel tentang tasawuf, iaitu cabang pengetahuan yang tidak disukai oleh sarjana Islam yang lebih konservatif.

Tidak dipastikan sama ada pembatalan program itu ada kaitan dengan isi perbincangan atau kandungan berkaitan Iran. Ini kerana umat Islam di Iran majoritinya mengikut ajaran Syiah, aliran yang dilabel pihak berkuasa Islam sebagai sesat.

Tahun lepas, ceramah oleh penulis Turki terkenal, Mustafa Akyol, di Universiti Nottingham dibatalkan kerana tekanan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Ceramah Akyol mengundang kritikan daripada kumpulan Islam, yang menuduh penulis itu mempromosikan “Islam liberal”.

Pada November, Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) di Kuala Lumpur berkata mereka tidak boleh membenarkan forum yang menampilkan sarjana Amerika Syarikat, Nader Hashemi, diadakan di situ, kerana bimbang menerima tindakan pihak berkuasa agama.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram