Umat Islam Bantu Bersih Gereja Di Sabah

  • News Code : 866893
  • Source : Free Malaysia Today
Rakyat Sabah menunjukkan cara bersatu padu dan toleransi agama apabila beberapa umat Islam membantu membersihkan Gereja St Paul di Kampung Sinalapak.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rakyat Sabah menunjukkan cara bersatu padu dan toleransi agama apabila beberapa umat Islam membantu membersihkan Gereja St Paul di Kampung Sinalapak.

Pelatih dan kakitangan beragama Islam dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut menyertai gotong-royong dengan penuh muhibah.

The Borneo Post melaporkan Timbalan Pengarah IKBN Kinarut, Suhaidi Mustar; Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Fatimah Abdul Rahman; wakil gereja, Rosenani Kiting dan ketua kampung Dunsim Gimbatu turut serta dalam gotong-royong itu yang dirasmikan Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

st-paul-ikbn-3

Beliau berkata, tindakan sedemikian amat bermakna ketika sesetengah pihak mendakwa kebebasan beragama di Sabah terancam.

Gotong-royong itu anjuran bersama IKBN Kinarut serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sinalapak.

Selain membersihkan gereja itu dengan cat baharu, pelatih juga memasang kipas dan atap baharu di koridor.

Rosenani berterima kasih kepada IKBN Kinarut kerana memilih gereja itu untuk menyertai projek gotong-royong mereka.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram