Wujud Ancaman Militan Jika Festival Bir Diteruskan, Kata KPN

  • News Code : 855514
  • Source : Free Malaysia Today
Brief

Polis hari ini mengesahkan wujudnya ancaman militan sekiranya pihak berkuasa membenarkan Festival “Better Beer” 2017 diteruskan seperti yang dirancang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis hari ini mengesahkan wujudnya ancaman militan sekiranya pihak berkuasa membenarkan Festival “Better Beer” 2017 diteruskan seperti yang dirancang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis tidak menyokong penganjuran acara itu kerana mempunyai maklumat terdapat pihak yang akan menimbulkan kekacauan.

“Terdapat maklumat yang mendedahkan wujud perancangan oleh pihak militan yang akan melakukan sabotaj ke atas festival berkenaan, kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang bertentangan dengan perjuangan mereka.

“Maklumat juga mendedahkan wujud beberapa pihak merancang untuk menimbulkan kekacauan semasa festival tersebut berlangsung dan ini bakal menimbulkan satu situasi keselamatan,” katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Fuzi berkata, polis harus bertindak proaktif terhadap penganjuran festival tersebut demi menjaga ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat.

Beliau berkata demikian selepas timbulnya pertikaian mengenai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan permit penganjuran Festival “Better Beer” 2017 yang dijadualkan diadakan pada 6-7 Oktober ini di Dutamas, Kuala Lumpur.

Penganjur, MyBeer (M) Sdn Bhd, dilaporkan berkata pihak berkuasa tempatan membuat keputusan itu disebabkan isu permit dan sensitiviti politik.

Bagaimanapun, Menteri Datuk Seri Liow Tiong Lai malam tadi mendakwa DBKL membuat keputusan untuk tidak memberikan permit kelulusan kepada penganjur atas faktor keselamatan.

Ketua polis negara mengesahkan kenyataan menteri itu, selepas Ketua Penolong Pengarah Counter-Terrorism Cawangan Khas (E8) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata pihaknya tidak mengetahui wujudnya ancaman sedemikian.

MyBeer hari ini memaklumkan mereka mahu berjumpa DBKL untuk berbincang mengenai pelan kawalan keselamatan.

“Kami ingin menegaskan yang kami telah mengadakan pesta tahunan ini sejak 5 tahun lalu tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini sebelum, semasa dan selepas acara,” kata kenyataan MyBeer hari ini.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram