‘A.S Sedang Memburu Kamu,’ Amaran Rusia Kepada Warganya

‘A.S Sedang Memburu Kamu,’ Amaran Rusia Kepada Warganya

Kementerian Luar Rusia telah mengeluarkan amaran perjalanan kepada warga negaranya sambil berkata bahawa Amerika Syarikat (A.S) sedang 'memburu' pemegang pasport Rusia yang melakukan perjalanan ke luar negara sebelum menahan dan mengekstradisi mereka ke negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Rusia telah mengeluarkan amaran perjalanan kepada warga negaranya sambil berkata bahawa Amerika Syarikat (A.S) sedang 'memburu' pemegang pasport Rusia yang melakukan perjalanan ke luar negara sebelum menahan dan mengekstradisi mereka ke negara tersebut.

Di dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis, kementerian itu mengumumkan kepada pelancong Rusia bahawa mereka mungkin akan ditahan oleh negara ketiga di atas permintaan Washington sebelum diekstradisi ke A.S. Menurut penilaian mereka, kemungkinan itu adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan secara serius.

"Di sebalik permintaan kami untuk memperbaiki kerjasama di antara pihak berkuasa A.S dan Rusia... perkhidmatan khas A.S terus 'memburu' warga Rusia di seluruh dunia," baca amaran itu.

"Dengan mengambil kira situasi ini," tambah kenyataan itu, "kami menegaskan bahawa warga Rusia perlu mempertimbangkan segala risiko yang wujud apabila merancang untuk melakukan perjalanan ke luar negara."

Kenyataan itu turut menyebutkan empat kes di mana warga Rusia ditahan berhubung dakwaan jenayah Siber (oleh A.S) di Sepanyol, Latvia dan Greece.

Kenyataan turut menegaskan bahawa lebih daripada 10 warga Rusia telah ditahan di negara-negara luar berikutan campur tangan A.S sejak tahun 2017.

Kementerian itu turut menyentuh kes penahanan Stanislav Lisov -sebelum ini dituduh telah menjana virus komputer yang menyasarkan jutaan pengguna institusi kewangan sekaligus mendatangkan kerugian bernilai jutaan dolar- yang diekstradisi dari Sepanyol ke A.S pada tahun lalu.

Jabatan Negara A.S setakat ini dilaporkan enggan memberi sebarang komen berhubung amaran perjalanan kementerian tersebut. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky