1 Maut, 1 Cedera Ditikam Di Jerman

  • News Code : 849195
  • Source : Berita Harian
Brief

Seorang lelaki terbunuh, manakala seorang lagi cedera ditikam dalam serangan yang berlaku di bandar Wuppertal, barat Jerman, kata polis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang lelaki terbunuh, manakala seorang lagi cedera ditikam dalam serangan yang berlaku di bandar Wuppertal, barat Jerman, kata polis.

"Kami mengesahkan berlaku serangan maut dan penyerang berjaya melarikan diri. Seorang lelaki maut dan seorang lagi berada di hospital," kata jurucakap polis kepada AFP.

Menurut polis, mereka masih memburu lebih daripada seorang penyerang, tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut berhubung serangan itu ketika ini.

Serangan berlaku sekitar jam 12.45 GMT di kawasan Elberfeld, dekat sini.

Pada Jumaat lalu, beberapa orang turut ditikam di jalan raya di bandar Turku, Finland dan dalam kejadian itu, polis menembak seorang suspek.

Kejadian di Jerman ini berlaku sehari selepas 14 orang terbunuh dalam serangan berkembar di Sepanyol. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram