3 Bas Bawa Diplomat Russia, Keluarga Tinggalkan London

3 Bas Bawa Diplomat Russia, Keluarga Tinggalkan London

Diplomat dan kakitangan kedutaan Russia mula meninggalkan ibu kota ini bersama keluarga mereka dengan menaiki tiga bas hari ini, lapor wartawan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Diplomat dan kakitangan kedutaan Russia mula meninggalkan ibu kota ini bersama keluarga mereka dengan menaiki tiga bas hari ini, lapor wartawan.

Britain mengusir 23 diplomat Russia susulan serangan agen saraf ke atas bekas perisik muka dua Russia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia, 4 Mac lalu.

Diplomat dan anggota keluarga mereka menunggu di luar bangunan kedutaan berdekatan Istana Kensington bersama bagasi, dilihat saling berpelukan dengan kakitangan yang tinggal sebelum menaiki beberapa kenderaan termasuk tiga bas.

Kira-kira 80 warga Russia meninggalkan ibu kota ini.

Pengusiran dilakukan ketika polis British berkata, siasatan terhadap insiden meracun itu mungkin mengambil masa berbulan untuk selesai sementara Setiausaha Luar Boris Johnson menuduh Russia 'cuba menutup kebenaran.'

Penggunaan senjata kimia pertama di Eropah sejak Perang Dunia Kedua itu menjerumuskan hubungan antara Moscow dan London ke kancah krisis.

Britain berkata, hanya Russia memiliki keupayaan, motif dan niat sebagai dalang serangan, yang menggunakan agen saraf Novichok, dilaporkan dibangunkan bekas Kesatuan Soviet. Russia nafi bertanggungjawab. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram