3,000 Pelarian Diselamatkan Di Mediterranean: Pengawal Pantai Itali

  • News Code : 828342
  • Source : Reuters
Brief

Sekitar 3,000 orang pelarian berjaya diselamatkan di Lautan Mediterranean semalam, ketika mereka cuba untuk memasuki Eropah, lapor pengawal pantai Itali dalam sebuah kenyataan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekitar 3,000 orang pelarian berjaya diselamatkan di Lautan Mediterranean semalam, ketika mereka cuba untuk memasuki Eropah, lapor pengawal pantai Itali dalam sebuah kenyataan.

Pelarian itu diselamatkan melalui 20 buah operasi menyelamat berasingan yang melibatkan pengawal pantai dan tentera laut Itali, misi EUNAVFOR Kesatuan Eropah (EU) di Mediterranean, agensi sempadan Kesatuan Eropah (Frontex), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa kapal dagang.

Akan tetapi, pengawal pantai Itali tidak memberikan maklumat lengkap berhubung kewarganegaraan mereka yang diselamatkan di dalam operasi-operasi tersebut.

Menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi, seramai 43,490 pendatang asing dilaporkan tiba ke Eropah pada tahun ini sahaja melalui jalan laut. Menurut mereka, lebih 1,000 meninggal dunia atau hilang. -REUTERS


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram