7 Cedera Di Dalam Serangan Di Paris

7 Cedera Di Dalam Serangan Di Paris

Polis di Perancis mengatakan mereka telah menangkap seorang lelaki yang mencederakan tujuh orang dengan bersenjatakan pisau dalam serangan di pusat bandar Paris.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis di Perancis mengatakan mereka telah menangkap seorang lelaki yang mencederakan tujuh orang dengan bersenjatakan pisau dalam serangan di pusat bandar Paris.

Polis pada awal Isnin berkata bahawa lelaki itu yang turut membawa batang besi sebagai senjata telah menikam tujuh orang termasuk dua pelancong British, berhampiran dengan sebuah panggung wayang yang terletak di timur laut ibu negara Perancis pada malam Ahad.

Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital tempatan, di mana keadaan mereka disifatkan sebagai "serius tetapi tidak terancam nyawanya."

Penyerang yang dilaporkan sebagai warga Afghanistan telah dikejar oleh sekumpulan warga awam sebelum polis tiba dan menangkapnya, kata saksi.

"Terdapat sekitar 20 orang mengejarnya. Mereka mula membaling bola Petanque ke arahnya," kata seorang saksi kepada AFP, merujuk kepada bola logam yang digunakan di dalam sukan yang terkenal di Perancis yang juga dikenali sebagai Boules.

"Sekitar empat atau lima buah bola mengenai kepalanya. Akan tetapi, mereka tidak dapat menghentikannya," katanya lagi.

/315



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky