A.S Gunakan Sekatan Untuk Keluarkan Rusia Dari Pasaran Tenaga.

A.S Gunakan Sekatan Untuk Keluarkan Rusia Dari Pasaran Tenaga.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov mendakwa bahawa Amerika Syarikat menggunakan sekatan dalam rangka mengeluarkan Moscow daripada pasaran penjualan senjata dan tenaga di dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov mendakwa bahawa Amerika Syarikat menggunakan sekatan dalam rangka mengeluarkan Moscow daripada pasaran penjualan senjata dan tenaga di dunia.

Lavrov berkata demikian di dalam sebuah pertemuan dengan anggota Persatuan Ahli Perniagaan Eropah di ibu kota Rusia, Moscow pada hari Selasa. Menurut beliau, sekatan terbaharu yang diperkenalkan oleh A.S bertujuan untuk merendahkan prospek kerjasama di dalam sektor tenaga di Eropah dan di kawasan lain.

"Dengan alasan untuk menangkis ancaman Rusia, Washington bukan sekadar ingin meningkatkan perpaduan Atlantik, bukan sekadar untuk meningkatkan perbelanjaan sektor pertahanan. Akan tetapi, mereka juga berusaha untuk memperkukuhkan pegangan mereka di dalam ekonomi Eropah dan sektor tenaga serta melemahkan kerjasama kami di dalam sektor tengan dan kemudian mengeluarkan Rusia daripada pasaran tenaga," kata beliau.

Jabatan Perbendaharaan A.S pada akhir September lalu mengumumkan sekatan kewangan lebih ketat ke atas bank-bank Rusia dan syarikat pembekal tenaga mereka. Washington mendakwa tindakan itu dibuat berikutan campur tangan berterusan Moscow di dalam konlik Ukraine. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky