A.S Kehilangan Kepimpinan Di Dunia, EU Perlu Isi Kekosongan Itu; Mogherini

  • News Code : 828363
  • Source : ABNA24
Brief

Ketua dasar luar EU, Federica Mogherini berkata bahawa Amerika Syarikat sedang kehilangan kedudukan mereka sebagai pemimpin dunia sekaligus memberikan "peluang" kepada Kesatuan Eropah untuk menjadi "rakan kongsi yang boleh diharap" di peringkat antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua dasar luar EU, Federica Mogherini berkata bahawa Amerika Syarikat sedang kehilangan kedudukan mereka sebagai pemimpin dunia sekaligus memberikan "peluang" kepada Kesatuan Eropah untuk menjadi "rakan kongsi yang boleh diharap" di peringkat antarabangsa.

Menurut Press TV, Mogherini di sebuah persidangan yang berlangsung di Florence pada hari Jumaat berkata, "Wujud peluang buat warga Eropah dan Kesatuan Eropah untuk meletakkan diri mereka sebagai rakan kongsi kepada setiap teman bicara (kita) di seluruh dunia termasuk di dalam perkara yang melibatkan isu besar di peringkat global di mana A.S mungkin telah kehilangan kepimpinan mereka."

Mogherini turut berkata bahawa di dalam lawatan terkininya ke China, India dan Rusia, beliau mendapati wujud keinginan di kalangan negara-negara tersebut untuk menjalinkan hubungan lebih kuat dengan EU. Menurut beliau, hubungan yang dimaksudkan tidak terkongkong di dalam acuan ekonomi dan perdagangan semata-mata, bahkan hubungan itu merangkumi bidang keselamatan, pembangunan kemanusiaan, perubahan cuaca dan polisi luar negara.

Beliau turut mengatakan bahawa EU sepatutnya mengisi "ruang kosong" yang ditinggalkan A.S khususnya apabila ketegangan semakin meningkat berhubung perdagangan, imigrasi dan pembiayaan NATO.

Ketika ditanya berhubung serangan peluru berpandu A.S ke atas Syria pada bulan lepas serta penempatan tentera dan perkakasan Pentagon di Semenanjung Korea, Mogherini berkata, "Tiada satupun ancaman keselamatan di dunia kita yang boleh ditangani dengan pendekatan ketenteraan semata-mata."

EU sebelum ini kecewa dengan polisi antarabangsa Trump termasuk sokongannya ke atas Brexit. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram