Agensi Perisikan Britain Kesan 350 Orang Pengganas Pulang Ke Negara Itu Dari Syria

  • News Code : 828176
  • Source : ABNA24
Brief

Agensi perisikan Britain telah mengeluarkan amaran berhubung kepulangan 350 orang warga negara itu yang pernah berperang bersama-sama kumpulan pengganas Takfiri Daesh sekaligus menimbulkan ancaman keganasan di U.K secara keseluruhannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Agensi perisikan Britain telah mengeluarkan amaran berhubung kepulangan 350 orang warga negara itu yang pernah berperang bersama-sama kumpulan pengganas Takfiri Daesh sekaligus menimbulkan ancaman keganasan di U.K secara keseluruhannya.

Mereka turut memaklumkan bahawa mustahil bagi pihak berkuasa untuk mementau kesemua militan yang pulang ke Britain memandangkan jumlah ketibaan mereka yang begitu banyak. Para militan itu pulang setelah Daesh menemui kegagalan demi kegagalan di Syria dan juga di Iraq.

Pendedahan itu dibuat di sebalik peningkatan operasi keselamatan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa Britain selepas insiden serangan di hadapan bangunan parlimen negara itu. Di dalam insiden tersebut, seorang penyerang merempuh keretanya ke arah pejalan kaki sebelum menikam seorang pegawai polis sekaligus menyebabkan empat orang terbunuh.

Pihak berkuasa Britain berkata bahawa sekurang-kurangnya 800 orang warganya telahpun melakukan perjalanan ke Syria dan Iraq dalam rangka berperang bersama-sama beberapa kumpulan militan Takfiri sekaligus menamakan mereka sebagai ancaman keselamatan sejurus kepulangan mereka ke negara tersebut.

Pada bulan Februari lepas, agensi perisikan jenayah Kesatuan Eropah, Europol berkata bahawa sekitar 5,000 anggota Daesh yang terlatih kini bergerak bebas di benua itu. Mereka turut menambah dengan mengatakan bahawa sekitar 30,000 orang militan daripada 100 buah negara telah melakukan perjalanan ke Syria dan Iraq untuk menyertai pelbagai kumpulan Takfiri sejak tahun 2011.

Anggota pengganas Daesh secara amnya beroperasi di Syria dan Iraq. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram