Ahli Parlimen EU Gesa Sekatan Penjualan Senjata Kepada Arab Saudi

  • News Code : 870229
  • Source : ABNA24
Brief

Para penggubal undang-undang Kesatuan Eropah telah mengundi untuk menyokong sebuah resolusi yang memanggil blok tersebut untuk mengenakan sekatan penjualan senjata kepada Arab Saudi yang sedang melancarkan kempen ketenteraan yang ganas ke atas negara Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para penggubal undang-undang Kesatuan Eropah telah mengundi untuk menyokong sebuah resolusi yang memanggil blok tersebut untuk mengenakan sekatan penjualan senjata kepada Arab Saudi yang sedang melancarkan kempen ketenteraan yang ganas ke atas negara Yaman.

Resolusi tersebut diterima selepas pengundian yang melihat 593 ahli parlimen menyokongnya dan 13 yang lain menentang perkara itu.

Resolusi itu merangkumi kecaman ke atas tindakan Arab Saudi yang melakukan "jenayah perang" dengan menyerang warga Yaman dan kritikan ke atas negara-negara anggota Kesatuan Eropah yang membenarkan penjualan senjata kepada Arab Saudi dengan mencabuli undang-undang EU berhubung kawalan eksport senjata.

Dengan itu, parlimen turut "mengecam dengan keras keganasan berterusan yang berlaku di Yaman dan sebarang serangan ke atas warga awam serta infrastruktur awam yang kesemua ini merupakan jenayah perang," kata Anggota Parlimen EU di dalam kenyataan mereka.

Merujuk kepada resolusi yang hampir sama pada Februari lepas, para penggubal undang-undang EU memanggil ketua polisi antarabangsa EU, Frederica Mogherini untuk melancarkan inisiatif dalam rangka mengenakan sekatan senjata EU ke atas rejim Riyadh. Perkara itu dibuat setelah mendapat "dakwaan serius berhubung pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa oleh Arab Saudi di Yaman."

UK, Perancis, Jerman dan Greece dikenali sebagai pembekal besar senjata kepada rejim Riyadh.

Pada tahun lepas sahaja, Perancis telah meluluskan penjualan senjata sebanyak USD 18 bilion kepada Arab Saudi, baca sebuah laporan.

A.S pula duduk di tangga kedua dengan membekalkan perkakasan ketenteraan sebanyak USD 5.9 bilion pada tahun yang sama sebelum disusuli oleh Britain (sebanyak USD 4 bilion). -ABNA24

/315





Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram