Akhbar Charlie Hebdo Hina Gadis Berhijab

Akhbar Charlie Hebdo Hina Gadis Berhijab

Akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo menyertai kempen kebencian digerakkan ahli politik dan beberapa pengamal media terhadap pemimpin Kesatuan Pelajar Universiti Paris Sorbonne, Maryam Pougetoux.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo menyertai kempen kebencian digerakkan ahli politik dan beberapa pengamal media terhadap pemimpin Kesatuan Pelajar Universiti Paris Sorbonne, Maryam Pougetoux.

Pougetoux dipilih menerajui Kesatuan Pelajar Kebangsaan Perancis (UNEF), namun pemilihannya tidak disenangi golongan konservatif kerana beliau beragam Islam.

Malah, kemunculannya di kaca televisyen minggu ini turut dilabel sebagai menjatuhkan maruah UNEF kerana Pougetoux muncul dengan imej berhijab.

Susulan itu, Charlie Hebdo menerbitkan kartun provokatif dengan menggambarkan Pougetoux sebagai seekor monyet memakai hijab dengan kapsyen "mereka memilih saya untuk mengetuai UNEF.'

Difahamkan, kartun itu adalah penerbitan terbaharu akhbar kontroversi tersebut yang mempunyai sejarah cukup panjang dalam menyemai kebencian terhadap agama Islam dan penganutnya.

Pada 2015, pejabat penerbitan Charlie Hebdo di Paris menjadi sasaran serangan militan yang mengorbankan 12 orang.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb mencetuskan kontroversi apabila mengkritik pemakaian Pougetoux kerana ia jelas bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Malah, Collomb secara sinis mendakwa gadis Muslim berusia 19 tahun itu merancang untuk melancarkan 'perang' budaya.

Sementara itu, Pougetoux mempertahankan dirinya mengatakan keputusannya untuk memakai hijab tiada kaitan dengan politik dan ia hanya memenuhi tuntutan agama.

Baru-baru ini, Pougetoux muncul dalam sebuah dokumentari televisyen Perancis untuk membincangkan protes pelajar mengenai pembaharuan pendidikan yang dicadangkan Presiden Emmanuel Macron. - Middle East Monitor


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky