Anggap Catalonia Menang Hak Bebas

  • News Code : 858052
  • Source : Harian Metro
Pemimpin Catalonia, Carles Puigdemont berkata, rantau itu memenangi hak untuk berpisah daripada Sepanyol selepas 90 peratus pengundi memilih kebebasan dalam referendum diisytiharkan haram oleh Madrid yang turut mencetuskan keganasan, kelmarin.

Foto: Getty Images

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Catalonia, Carles Puigdemont berkata, rantau itu memenangi hak untuk berpisah daripada Sepanyol selepas 90 peratus pengundi memilih kebebasan dalam referendum diisytiharkan haram oleh Madrid yang turut mencetuskan keganasan, kelmarin.

Pengumumannya dilihat memburukkan lagi keadaan dengan kerajaan Sepanyol selepas Perdana Menteri Mariano Rajoy menegaskan referendum itu perbuatan haram, dengan pungutan suara berkenaan turut membahagikan penduduk Catalona.

Kerajaan rantau itu berkata, 2.26 juta penduduk - atau 42.3 peratus pengundi - mengundi pada Ahad lalu dengan Puigdemont berkata, mereka ‘menang hak untuk mendapat kebebasan serta menggesa Kesatuan Eropah (EU) berhenti ‘menutup sebelah mata.’

Puigdemont sebelum ini berkata akan mengumumkan kemerdekaan jika undian ‘ya’ diperoleh untuk Catalonia, yang menyumbang 19 peratus daripada ekonomi negara itu.

Sekurang-kurangnya 92 orang cedera akibat pertempuran dengan anggota keselamatan. Semalam, kesatuan sekerja dan pertubuhan Catalonia mogok membantah ‘pelanggaran hak dan kebebasan’ serta menggesa orang ramai berhimpun tanda protes.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram