Austria Tutup 7 Masjid, Usir Imam

Austria Tutup 7 Masjid, Usir Imam

Tindakan Austria mahu mengusir 60 imam yang mendapat pembiayaan dari Turki, termasuk ahli keluarga mereka dan menutup tujuh masjid sebagai sebahagian tindakan menyekat 'politik Islam', dikecam oleh Ankara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tindakan Austria mahu mengusir 60 imam yang mendapat pembiayaan dari Turki, termasuk ahli keluarga mereka dan menutup tujuh masjid sebagai sebahagian tindakan menyekat 'politik Islam', dikecam oleh Ankara.

Canselor Austria, Sebastian Kurz, berkata kerajaannya menutup masjid yang ditadbir nasionalis Turki dan membubarkan kumpulan Komuniti Agama Arab yang mengendalikan enam masjid.

Pada 2015, ketika menjadi Menteri Integrasi, Kurz menggerakkan pelan meluluskan undang-undang keras ke atas penganut Islam, yang melarang pembiayaan asing untuk kumpulan agama.

Menteri Dalam Negeri, Herbert Kickl dari Parti Kebebasan yang berhaluan kanan, rakan kerajaan campuran Austria, berkata:

"Bilangan mereka yang mungkin terbabit akibat usaha ini mungkin seramai 60 imam." - Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky