Austria Haramkan Pemakaian Burka

  • News Code : 858676
  • Source : Sinar Harian
Brief

Satu undang-undang yang melarang pemakaian menutup keseluruhan muka termasuk burka dan niqab dikuatkuasakan di Austria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Satu undang-undang yang melarang pemakaian menutup keseluruhan muka termasuk burka dan niqab dikuatkuasakan di Austria.

Pengharaman tersebut juga berkuatkuasa terhadap topeng ski, penutup mulut diluar kawasan hospital dan topeng untuk parti dan sebarang acara.

Menurut laporan Asian Age, undang-undang tersebut popular dengan gelaran 'pengharaman burka' kerana dianggap ditujukan kepada wanita Muslim yang ultra-konservatif.

Mereka yang melanggar undang-undang berkenaan boleh didenda sehingga AS$180 (RM761.22).

Pihak berkuasa juga dibenarkan bertindak menggunakan kekerasan jika terdapat individu yang berdegil dan tidak mahu menunjukkan muka.

Ketika ini, hanya terdapat sebilangan kecil wanita beragama Islam yang menutup keseluruhan muka di Austria.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram