Bom Atau Tidak, Penduduk Syria Tetap Tak Selamat: Corbyn

Bom Atau Tidak, Penduduk Syria Tetap Tak Selamat: Corbyn

Ketua Pembangkang Britain, Jeremy Corbyn mengkritik hebat Perdana Menteri Theresa May kerana mengikut telunjuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Pembangkang Britain, Jeremy Corbyn mengkritik hebat Perdana Menteri Theresa May kerana mengikut telunjuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Syria.

Beliau menegaskan, tindakan mengebom Damsyik tidak akan menyelamatkan nyawa atau mengembalikan keamanan di negara bergolak tersebut.

Corbyn, seorang aktivis anti perang berkata hari ini bahawa May sepatutnya meminta kelulusan Parlimen UK sebelum mengarahkan serangan berkenaan.

Katanya lagi, tindakan melulu May berisiko meningkatkan lagi konflik di Syria.

"Bom tidak akan menyelamatkan nyawa atau membawa keamanan. Britain sepatutnya memainkan peranan utama dalam memujuk pihak bertelagah dalam konflik Syria supaya menurunkan senjata.

"Bukannya ikut arahan Washington sekali gus membahayakan nyawa anggota tentera Britain," katanya.

Perdana Menteri Britain tidak terikat dengan undang-undang untuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi sebarang kempen ketenteraan yang lebih besar.

Namun, banyak pihak percaya sudah tiba masanya buat penggubal undang-undang membuat pungutan suara sebelum sebarang tindakan ketenteraan diambil.

Pada sidang media di Downing Street hari ini, May mengumumkan tindakan Britain menyertai AS dan Perancis menyerang Syria kerana tiada penyelesaian alternatif selain serangan ketenteraan.

AS, Britain dan Perancis melancarkan serangan udara ke atas sasaran senjata kimia rejim Bashar al-Assad di Syria hari ini, sebagai tindak balas terhadap serangan senjata kimia didakwa dilakukan Rusia minggu lalu. - The Guardian


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky