Brexit Tanpa Perjanjian Dengan EU Bukan Kiamat

Brexit Tanpa Perjanjian Dengan EU Bukan Kiamat

Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, kegagalan negara itu mencapai persetujuan dengan Kesatuan Eropah (EU), sebelum keluar daripada blok itu, tahun depan sebagai ‘bukan kiamat’, lapor Sky News.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, kegagalan negara itu mencapai persetujuan dengan Kesatuan Eropah (EU), sebelum keluar daripada blok itu, tahun depan sebagai ‘bukan kiamat’, lapor Sky News.

May berkata demikian sebagai tidak balas kepada kenyataan Menteri Kewangannya, Philip Hammond bahawa kewangan kerajaan akan terjejas tanpa persetujuan dengan EU, pada hari rancangan kemungkinan kerajaan, jika Brexit berlaku tanpa perjanjian dengan EU diterbitkan.

Katanya, jangkaan yang dipetik Hammond sebagai ketinggalan.

Sky berkata, beliau mengulangi kenyataan ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bahawa Britain akan meninggalkan EU tanpa persetujuan sebagai ‘bukan mudah’, namun ia tidak bermakna ‘kiamat’.

Hammond menganggarkan, berdasarkan rancangan kerajaan, jika persetujuan dengan EU tidak dicapai, pinjaman akan meningkat sehingga kira-kira 80 bilion pound (RM418.71 bilion) setahun dalam tempoh 15 tahun kerana pertumbuhan ekonomi dijangka 10 peratus lebih perlahan.

May berharap untuk mencapai perjanjian mesra perniagaan dengan EU dalam isu penting perdagangan yang sebelum ini dilihat memecahbelahkan partinya antara mereka yang mahu berpisah secara jelas dengan EU atau seperti Hammond yang mahukan hubungan erat.

Bagaimanapun, dalam kenyataan kepada pemberita ketika dalam perjalanan ke Afrika, May mengulangi amaran bahawa Brexit tanpa persetujuan lebih baik berbanding Brexit dengan perjanjian tidak bagus.

“Saya merasakan kerajaan pasti bersedia untuk Brexit tanpa persetujuan dengan EU kerana kita tidak tahu sama ada persetujuan akan dicapai,” katanya. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky