Britain Enggan Umum Laporan Dana Asing Ekstremisme Di Negara Itu

  • News Code : 841988
  • Source : ABNA24
Brief

Kerajaan Britain mengatakan bahawa mereka tidak akan mengumumkan laporan penuh kepada warga awam berhubung sumber kewangan yang mendanai ekstremisme dan keganasan di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Britain mengatakan bahawa mereka tidak akan mengumumkan laporan penuh kepada warga awam berhubung sumber kewangan yang mendanai ekstremisme dan keganasan di negara itu.

Setiausaha Jabatan Dalam Negeri, Amber Rudd mempertahankan tindakan yang mengundang kritikan itu dengan menyatakan alasan keselamatan negara. Menurut laporan, terdapat banyak dana asing yang dikesan di dalam pembiayaan pertubuhan ekstremis di U.K.

"(Keputusan) ini diambil kerana terdapat banyak maklumat peribadi yang wujud di dalam laporan dan juga atas sebab keselamatan negara," katanya ketika mempertahankan keputusan kontroversi itu.

Menyusuli tiga buah serangan maut di Britain, kerajaan London berada di dalam tekanan untuk mengumumkan penemuan tersebut. Laporan itu dibuat di bawah arahan bekas Perdana Menteri, David Cameron pada Disember 2015.

Sementara itu, Caroline Lucas yang merupakan ahli parlimmen dan pemimpin bersama Parti Green mengecam kenyataan Rudd dan menganggapnya sebagai tidak boleh diterima. Beliau adalah salah seorang daripada ahli politik Britain yang lantang mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Theresa May untuk mendedahkan maklumat itu.

"Kenyataan itu tidak memberikan sebarang maklumat berhubung negara asing yang menjadi sumber dana bagi ekstremisme (di Britain) - sekaligus membiarkan kerajaan kepada dakwaan lanjut kerana enggan mendedahkan peranan duit Arab Saudi di dalam (mengembangkan) keganasa di U.K," katanya.

Sebuah pusat kajian Britain pada minggu lepas mengeluarkan sebuah laporan yang menunjukkan bahawa dana asing yang masuk ke negara Barat itu kebanyakannya datang dari negara-negara Teluk Parsi khususnya Arab Saudi.

Laporan Henry Jackson Society menunjukkan bahawa Arab Saudi sejak tahun 1960 mula menyalurkan jutaan dolar di dalam usaha mengeksport ideologi Wahhabi ke seluruh dunia Islam termasuk di Barat.

Sementara itu, pemimpin parti Liberal Demokrat, Tim Farron berkata "Nampaknya kerajaan sekali lagi meletakkan apa yang dipanggil sebagai persahabatan dengan Arab Saudi di hadapan nilai-nilai yang kita percayai."

Ketua Parti Buruh Britain,  Jeremy Corbyn sebelum ini mengatakan bahawa Britain perlukan sebuah dialog tegas dengan Arab Saudi dan negara-negara Teluk Parsi. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram