Britain Tapis Dokumen Berhubung Perjanjian Negara Itu Dengan Arab Saudi

  • News Code : 846018
  • Source : ABNA24
Brief

Kerajaan United Kingdom telah mengalang sekitar 1,000 keping dokumen perjanjian ketenteraan negara Eropah itu dengan Arab Saudi daripada memasuki edaran awam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan United Kingdom telah mengalang sekitar 1,000 keping dokumen perjanjian ketenteraan negara Eropah itu dengan Arab Saudi daripada memasuki edaran awam.

Dokumen-dokumen yang bertarikh dari tahun 1986 hingga tahun 1987 itu merangkumi sekurang-kurangnya 15 dokumen yang mencatatkan perincian berkenaan penjualan pesawat 'Tornado serta Hawk' dan pelatihan pasukan khas Arab Saudi oleh U.K.

London juga enggan mendedahkan 27 dokumen yang mempunyai kaitan dengan lawatan Putera Charles dan Lady Diana ke rantau Timur Tengah pada tahun 1986.

Kerajaan British biasanya dikehendaki untuk mengubah status dokumen yang disimpan di pelbagai jabatan selepas 30 tahun tersimpan dan menyerahkan dokumen tersebut kepada Pusat Arkib Kebangsaan di Kew. Akan tetapi, jabatan tersebut boleh memohon dokumen tertentu untuk terus disimpan atau diredaksi.

Majlis Penasihat berhubung Rekod Kebangsaan dan Arkib yang menilai permohonan sedemikian menyatakan di dalam laporan tahunan mereka bahawa permintaan daripada jabatan kerajaan untuk menghalang pengalihan status dokumen kini semakin meningkat.

Sebagai contoh, pada tahun 2015-2016, majlis tersebut telah menerima sebanyak 952 permohonan seperti itu dan hanya menolak 4 daripada permohonan itu. Pada tahun 2014 pula, mereka telah menerima 793 permohonan dan menolak tiga daripadanya.

"Kurangnya pendedahan boleh meningkatkan kegusaran bahawa kerajaan memiliki sesuatu yang ingin dirahsiakan. Oleh kerana itu, langkah yang terbaik untuk memastikan kepercayaan rakyat (terhadap kerajaan) adalah melalui amalan ketelusan," kata Robert Barrington yang merupakan pengarah eksekutif Transparency International U.K. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram