Britian Boikot Piala Dunia

Britian Boikot Piala Dunia

Kerajaan Britain kekal melakukan boikot diplomatik terhadap Piala Dunia 2018 yang sedang berlangsung di Rusia susulan insiden serangan agen saraf terbaharu di barat daya England yang kembali mendapat perhatian negara antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Britain kekal melakukan boikot diplomatik terhadap Piala Dunia 2018 yang sedang berlangsung di Rusia susulan insiden serangan agen saraf terbaharu di barat daya England yang kembali mendapat perhatian negara antarabangsa.

Keputusan itu dibuat menjelang perlawanan suku akhir yang menyaksikan pasukan bola sepak kebangsaan England menentang Sweden pada hari ini.

Awal minggu lalu, London mengulangi pendiriannya tentang perkara tersebut dan menuntut jawapan Rusia tentang bagaimana pasangan rakyat Britain terdedah dengan Novichok yang dihasilkan Kesatuan Soviet.

Sementara itu, Menteri Keselamatan, Ben Wallace dalam satu kenyataan menyifatkan Piala Dunia bukan mengenai politik atau pemimpinnya.

"Isu itu bagaimanapun tidak wajar diketepikan kerana kami percaya Moscow kembali melakukan cubaan bunuh seperti dibuat pada Mac lalu," katanya.

Kremlin sekali lagi menafikan tuduhan tersebut dan menuntut permohonan maaf daripada Britain kerana membuat tuduhan tidak berasas itu.   

Beberapa negara lain termasuk Iceland, Poland, Sweden dan Denmark juga mengikut jejak langkah London selepas ia mengumumkan tindakan boikot diplomatik itu, namun Moscow mendakwa ramai tetamu peringkat tertinggi yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky