Bubar Parlimen Catalonia

Bubar Parlimen Catalonia

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy semalam berkata, kerajaannya akan membubarkan pentadbiran Catalonia dan mengumumkan pilihan raya umum di wilayah itu dalam usaha mengelak pemimpinnya mengisytiharkan kemerdekaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy semalam berkata, kerajaannya akan membubarkan pentadbiran Catalonia dan mengumumkan pilihan raya umum di wilayah itu dalam usaha mengelak pemimpinnya mengisytiharkan kemerdekaan.

Rajoy berkata, kerajaannya tiada pilihan selepas pemimpin Catalonia, Carles Puigdemont bertindak secara sebelah pihak, bertentangan dengan undang-undang dan mencetuskan permusuhan dengan mengadakan pungutan suara kemerdekaan.

Dia mengumumkan langkah drastik Sepanyol itu dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Kabinet.

Menggunakan Artikel 155 dalam Perlembagaan, Rajoy berkata, dia meminta Senat memberi kebenaran untuk dia membubarkan parlimen Catalonia dan menggesa satu pilihan raya dalam tempoh enam bulan.

Rajoy juga meminta semua kerajaan Puigdemont dilucutkan fungsi mereka.

Dewan Senat nasional kini perlu meluluskan langkah itu - satu proses yang mengambil masa kira-kira seminggu.

Parti Rakyat pimpinan Rajoy memiliki majoriti di Senat. Langkah itu mendapat sokongan parti utama lain dan ia dijangka diluluskan Senat tanpa masalah.

Catalonia mencetuskan krisis politik terburuk dalam tempoh berpuluh tahun di Sepanyol selepas membuat pungutan suara pada 1 Oktober lalu dengan Puigdemont mendakwa 90 peratus pengundi mahu merdeka.

Bagaimanapun, jumlah penduduk yang keluar mengundi hanya 43 peratus dengan ramai penentang kemerdekaan memboikot pungutan suara yang diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Perlembagaan.

Pungutan suara itu juga dicemari dengan keganasan apabila polis bertindak merampas kertas dan peti undi serta menutup pusat pengundian.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky