Catalonia Isytihar Merdeka Daripada Sepanyol

Catalonia Isytihar Merdeka Daripada Sepanyol

Parlimen Wilayah Catalonia mengisytiharkan merdeka daripada Sepanyol hari ini, walaupun selepas mahkamah negara itu memutuskan undi pungutan suara yang diadakan sebelum ini, tidak sah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parlimen Wilayah Catalonia mengisytiharkan merdeka daripada Sepanyol hari ini, walaupun selepas mahkamah negara itu memutuskan undi pungutan suara yang diadakan sebelum ini, tidak sah.

Menurut Reuters, usul kemerdekaan itu diluluskan ketika persidangan 135 ahli parlimen dengan 70 menyokong, 10 menentang dan dua berkecuali.

Catalonia ialah wilayah perniagaan terkaya Sepanyol dengan bandar raya utamanya Barceola.

Perdana Menteri Sepanyol, Minister Mariano Rajoy, yang meminta semua pihak bertenang berkata, undang-undang akan ditegakkan di Catalonia.

Dalam kenyataannya melalui Twitter, beliau berkata: “Saya meminta semua rakyat Sepanyol bertenang. Undang-undang akan dikembalikan di Catalonia.”

Sementara itu, AFP melaporkan, puluhan ribu rakyat Catalonia yang berkumpul di luar parlimen menonton persidangan di layar besar, bersorak gembira selepas pengumuman kemerdekaan itu dibuat.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram