Croatia Dakwa Lebih 20 Orang Atas Jenayah Perang

Croatia Dakwa Lebih 20 Orang Atas Jenayah Perang

Pendakwa raya Croatia hari ini mengumumkan telah mendakwa 22 orang etnik Serbia dengan jenayah perang terhadap penduduk awam dan tawanan perang semasa konflik di negara itu pada tahun 90-an.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pendakwa raya Croatia hari ini mengumumkan telah mendakwa 22 orang etnik Serbia dengan jenayah perang terhadap penduduk awam dan tawanan perang semasa konflik di negara itu pada tahun 90-an.

Kesemua mereka dituduh membunuh 20 orang awam dan dua anggota polis yang ditahan di tiga daerah di timur negara itu pada September 1991, kata pejabat pendakwa Zagreb dalam satu kenyataan.

Difahamkan, kesemua tertuduh adalah anggota militia separa tentera yang beroperasi di bahagian timur semasa perang 1991-1995 antara etnik Croat dan etnik Serbia yang disokong Balgrade. - AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky