Dakwaan Rusia Campur Tangan Dalam Pilihan Raya A.S Tidak Punya Bukti: Lavrov

  • News Code : 841987
  • Source : ABNA24
Brief

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov sekali lagi menolak dakwaan bahawa negaranya melakukan campur tangan di dalam Pilihan Raya Presiden A.S 2016 sambil berkata bahawa beliau mahu melihat sekurang-kurangnya satu fakta yang boleh membuktikan tuduhan yang "menakjubkan" itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov sekali lagi menolak dakwaan bahawa negaranya melakukan campur tangan di dalam Pilihan Raya Presiden A.S 2016 sambil berkata bahawa beliau mahu melihat sekurang-kurangnya satu fakta yang boleh membuktikan tuduhan yang "menakjubkan" itu.

"Saya tidak tahu-menahu tentang fakta tersebut. Sangat menakjubkan bahawa mereka yang dikenali dengan keseriusan sedang membina gunung daripada sarang tikus mondok (memperbesarkan sesuatu yang kecil tanpa asas yang kukuh-ABNA24)," kata Lavrov di ibu negara Belgium, Brussels pada hari Rabu.

Komen Lavrov dibuat di sebalik perkembangan terkini di dalam siasatan berhubung dakwaan bahawa Presiden Trump bekerjasama dengan Rusia untuk menewaskan calon Demokrat, Hillary Clinton di dalam pilihan raya 2016.

The Ney York Times pada hujung minggu lepas melaporkan bahawa anak tertua Trump, Donald Jr. Telah bertemu dengan peguam Rusia, Natalia Veselnitskaya yang didakwa mempunyai hubungan dengan Kremlin ketika kempen pilihan raya itu.

Anak Trump mengesahkan pertemuannya dengan peguam itu. Menurutnya, mereka bertemu di Trump Tower berhubung maklumat yang boleh membuktikan hubungan di antara Clinton dan Moscow. Akan tetapi, Donald Jr. menamatkan pertemuan itu sejurus mendapati bahawa maklumat yang dibekalkan oleh peguam itu "tidak jelas dan tidak masuk akal."

Di dalam masa yang sama, Kremlin telah menafikan sebarang hubungan dengan peguam tersebut. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram