Denmark Kuatkuasa Larangan Memakai Burqa

Denmark Kuatkuasa Larangan Memakai Burqa

Undang-undang kontroversi melarang pemakaian burqa berkuat kuasa di Denmark semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Undang-undang kontroversi melarang pemakaian burqa berkuat kuasa di Denmark semalam.

Aktivis hak asasi manusia mengecam larangan itu sebagai pencabulan hak asasi wanita, manakala penyokong berkata ia membolehkan pendatang Islam berintegrasi lebih baik dengan budaya negara itu.

Jurucakap polis Copenhagen berkata, mereka tidak bercadang mendenda penunjuk perasaan yang melanggar larangan itu.

Memakai burqa, yang menutup seluruh muka, atau niqab, yang cuma menunjukkan mata, di tempat umum boleh didenda sehingga 1,000 kroner (RM635).

Larangan juga memasukkan aksesori lain yang menutup muka seperti janggut palsu.

Kesalahan berulang boleh didenda sehingga 10,000 kroner (RM6,365).

Sementara itu, Amnesty International, semalam turut mengutuk undang-undang itu sebagai diskriminasi terhadap hak wanita, terutama wanita Islam yang memilih memakai burqa. - AFP

Kongsi berita ini:
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky