Dmitry Medvedev, Perdana Menteri Russia Sekali Lagi

Dmitry Medvedev, Perdana Menteri Russia Sekali Lagi

Dmitry Medvedev diberi mandat sekali lagi sebagai Perdana Menteri Russia hari ini, apabila Parlimen sebulat suara mengundi rakan sekutu lama Presiden Vladimir Putin itu untuk mengekalkan jawatannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dmitry Medvedev diberi mandat sekali lagi sebagai Perdana Menteri Russia hari ini, apabila Parlimen sebulat suara mengundi rakan sekutu lama Presiden Vladimir Putin itu untuk mengekalkan jawatannya.

“Saya bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk pembangunan negara kita,” kata Medvedev menjelang proses pengundian di State Duma yang turut dihadiri Putin.

Sebanyak 374 Ahli Parlimen menyokong pencalonan Medvedev manakala 56 mengundi sebaliknya.

Parti pemerintahan United Russia dan parti LDPR ultra-nasionalis menyokong Medveded, sementara pihak Komunis dan parti Just Russia membangkang pencalonannya.

Medvedev telah berkhidmat selama sepenggal sebagai Presiden dari 2008 hingga 2012 sebelum menjadi Perdana Menteri sementara Putin kembali ke Kremlin. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky