'Eksport Demokrasi' Hanya Samaran A.S Untuk Kekalkan Hegemoni Kuasa: Rusia

  • News Code : 854469
  • Source : ABNA24
Brief

Ketua Dewan Tertinggi Rusia memberi amaran kepada pihak terbabit bahawa projek "pengeksportan demokrasi" Amerika Syarikat hanyalah sebuah samaran Washington untuk mempertahankan hegemoni kuasanya ke atas seluruh dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Dewan Tertinggi Rusia memberi amaran kepada pihak terbabit bahawa projek "pengeksportan demokrasi" Amerika Syarikat hanyalah sebuah samaran Washington untuk mempertahankan hegemoni kuasanya ke atas seluruh dunia. Beliau menambah dengan mengatakan bahawa projek licik Washington itu hanya akan membawa kekacauan, peperangan dan bencana ke negara-negara lain.

Di dalam sebuah wawancara yang diterbitkan oleh surat khabar Parlamentskaya Gazeta pada Hari Demokrasi Antarabangsa, Valentina Matviyenko menyuarakan pendapatnya bahawa terdapat banyak konflik yang sedang berlaku di seluruh dunia adalah diakibatkan oleh oleh campurtangan negara-negara barat di dalam hal ehwal domestik negara-negara lain.

"Mereka menggunakan pelbagai cara untuk mengenakan tekanan politik dan ekonomi (ke atas negara-negara lain); mereka melancarkan revolusi berwarna dan juga pencerobohan ketenteraan secara langsung. Retorik mereka yang berputar di sekitar (idea untuk) 'melindungi demokrasi' tidak lagi mampu untuk menipu sesiapapun pada dini hari. Alasan sebenar di sebalik kempen yang dilancarkan oleh A.S dan sekutunya adalah keinginan hawa nafsu mereka untuk mengekalkan hegemoni kuasa mereka ke atas dunia. Berhubung dengan eksport demokrasi, perkara itu hanya membawa kekacauan, bencana dan perang ke atas warga negara lain, " kata Matviyenko.

Hubungan Amerika-Rusia memburuk berikutan konflik bersenjata yang tercetus di Ukraine dan menjadi semakin parah di dalam beberapa bulan terakhir khususnya selepas Trump memenangi pilihanraya Presiden 2016. Rusia dituduh melakukan campur tangan di dalam pilihanraya itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram