Erdogan Ikrar Kembalikan Hukuman Mati

  • News Code : 818966
  • Source : Sinar Harian
Brief

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan beliau akan segera meluluskan pelaksanaan semula hukuman mati selepas referendum Perlembagaan baharu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan beliau akan segera meluluskan pelaksanaan semula hukuman mati selepas referendum Perlembagaan baharu.

"Dengan izin ALLAH, selepas proses undian pada 16 April depan, Parlimen akan melakukan segala yang perlu untuk laksanakan hukuman ini," katanya di hadapan penyokong di Canakkale, kelmarin.

Erdogan membayangkan mereka yang mendalangi cubaan rampasan kuasa pada Julai lalu, bakal berdepan hukuman mati tersebut.

Erdogan memberitahu, pembaharuan Perlembagaan itu menjamin kestabilan dan keselamatan sistem politik Turki, sekali gus menjadikan ia berdiri sama dengan negara terkuat lain di seluruh dunia.

Erdogan menyatakan Turki akan mengambil tindak balas sewajarnya terhadap Belanda dan negara Kesatuan Eropah lain yang menyekat pegawai dari Ankara menyertai perhimpunan referendum April dalam usaha meraih sokongan pengundi di kalangan rakyat rantau terbabit. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram