EU Kepada Riyadh: Jelaskan Isu Penahanan Aktivis

EU Kepada Riyadh: Jelaskan Isu Penahanan Aktivis

Kesatuan Eropah telah memanggil Arab Saudi untuk menjelaskan tindakan rejim Riyadh yang menahan para aktivis hak asasi wanita.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kesatuan Eropah telah memanggil Arab Saudi untuk menjelaskan tindakan rejim Riyadh yang menahan para aktivis hak asasi wanita.

"EU secara konstruktif sedang berkomunikasi dengan pihak berkuasa Arab Saudi dalam rangka meminta penjelasan berhubung isu seputar penangkapan pembela hak asasi wanita di Arab Saudi, terutamanya mengenai tuduhan khusus yang dilemparkan terhadap mereka," kata jurucakap Ketua Polisi Luar EU, Federica Mogherini pada hari Sabtu.

Penahanan beberapa aktivis hak asasi manusia oleh rejim Riyadh sebelum ini telah mencetuskan pertelingkahan diplomatik di antara Arab Saudi dan Kanada. Arab Saudi melaksanakan beberapa langkah termasuk mengusir Duta Kanada ke negara Arab itu sebagai bantahan terhadap kritikan yang dibuat oleh negara Barat tersebut ke atas penahanan aktivis hak asasi manusia oleh pihak berkuasa Riyadh.

Terdahulu pada hari Sabtu, Mogherini dan Menteri Luar Kanada Chrystia Freeland bersetuju untuk memperkuat kerjasama mereka dalam isu berkaitan hak asasi manusia serta lapangan semasa perbualan telefon kedua-dua diplomat tersebut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky