EU Nafi Dakwaan May, Kata PM Britain Sedang Melakukan Retorik Pilihan Raya

  • News Code : 827833
  • Source : ABNA24
Brief

Parlimen Kesatuan Eropah telah menolak dakwaan Perdana Menteri Britain, Theresa May bahawa EU cuba untuk mempengaruhi pilihan raya di negaranya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parlimen Kesatuan Eropah telah menolak dakwaan Perdana Menteri Britain, Theresa May bahawa EU cuba untuk mempengaruhi pilihan raya di negaranya.

Antonio Tajani pada hari Khamis berkata bahawa dakwaan May bahawa kesatuan itu cuba mempengaruhi keputusan pilihan raya itu sebagai tidak benar.

"Tiada siapapun yang cuba mempengaruhi keputusan pilihan raya di United Kingdom," kata Tajani. "Jika kalian sedang berkempen untuk pilihan raya, retorik (kalian) akan menjadi lebih tajam dan teguh," katanya lagi yang merujuk kepada May.

Penafian Tajani itu dibuat selepas Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker menolak dakwaan itu dengan mengatakan bahawa EU "mempunyai terlalu banyak kerja (lain)" untuk mempengaruhi pilihan raya itu sebagaimana yang didakwa oleh May.

Di dalam sebuah kenyataan yang mengejutkan, May yang bahaeu sahaja melawat Ratu England di Buckingham Palace menuduh EU mahukan perundingan Brexit menemui kegagalan.

Sebelum itu, ketua perunding EU, Michel Barnier berkata bahawa perundingan di antara blok yang diwakilinya dengan Britain tidak mungkin dicapai dengan pantas ataupun "tanpa menyakitkan (sesiapa)."

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram