Hak Larang Pekerja Berhijab Diluluskan

  • News Code : 818218
  • Source : Sinar Harian
Brief

Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan majikan berhak melarang pekerja mereka memakai simbol agama yang boleh dilihat sekali gus keputusan disifatkan sebagai serangan langsung kepada wanita Islam berhijab di tempat kerja.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan majikan berhak melarang pekerja mereka memakai simbol agama yang boleh dilihat sekali gus keputusan disifatkan sebagai serangan langsung kepada wanita Islam berhijab di tempat kerja.

Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) dalam satu penghakiman kelmarin, memberitahu, ia bukan diskriminasi langsung sekiranya syarikat mempunyai peraturan dalaman melarang pemakaian sebarang tanda politik, falsafah atau agama.

Mahkamah berpangkalan di Luxembourg, membuat keputusan itu dalam kes dua wanita, di Perancis dan Belgium, yang dipecat kerana enggan membuka tudung.

"Diskriminasi tidak langsung adalah dibenarkan jika ia dibolehkan secara objektif oleh matlamat yang sah seperti dasar sesebuah syarikat berkecuali," menurut mahkamah.

Mahkamah tersebut mendapati pengharaman tudung juga boleh menjadi diskriminasi tidak langsung jika orang mengikut satu agama atau kepercayaan tertentu dan diletakkan dalam keadaan tertentu.

Sementara itu, pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan mahkamah tersebut dan menyifatkan tindakan ECJ adalah mengecewakan, selain akan menggalakkan diskriminasi. - Press TV


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram