Hasutan, Bekas Pemimpin Catalonia Dibebas Dengan Syarat

  • News Code : 865372
  • Source : Snar Harian
Brief

Presiden Catalonia yang dipecat, Carles Puigdemont dan empat bekas menteri dibebaskan dengan bersyarat selepas mereka menyerah diri kepada polis di ibu negara Belgium.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) -  Presiden Catalonia yang dipecat, Carles Puigdemont dan empat bekas menteri dibebaskan dengan bersyarat selepas mereka menyerah diri kepada polis di ibu negara Belgium.

Semalam, pendakwa raya di Brussels memaklumkan kesemua mereka akan tampil di mahkamah dalam 15 hari.

"Hakim berpendapat tidak ada sebab kukuh untuk memberkas mereka pada masa ini," menurut pejabat pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Kesemua pemimpin Catalan tersebut berdepan kemungkinan dihantar pulang ke Sepanyol kerana didakwa merancang pemberontakan dan hasutan selepas referendum kemerdekaan pada 1 Oktober lalu.

Minggu lalu, Puigdemont bersama empat menterinya melarikan diri ke Belgium selepas Kerajaan Pusat di Madrid gantung kerajaan autonomi itu dan kuatkuasakan pentadbiran langsung ke atas wilayah terbabit. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram