Juruterbang Lupa Protokol Punca 71 Penumpang Maut

Kegagalan juruterbang mengaktifkan sistem pemanas untuk peralatan pengukur kelajuan dikenal pasti punca utama nahas pesawat An-148.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kegagalan juruterbang mengaktifkan sistem pemanas untuk peralatan pengukur kelajuan dikenal pasti punca utama nahas pesawat An-148.

Flight Global melaporkan kegagalan ITU menyebabkan data kelajuan pesawat tidak tepat, sekali gus memaksa juruterbang mengawal pesawat berkenaan secara manual.

Pesawat Antonov An-148 milik Saratov Airline tersebut terhempas enam minit selepas berlepas.

Pesawat itu dalam perjalanan menuju ke bandar Orsk berhampiran sempadan Kazakhstan selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow, 11 Februari lalu.

Kesemua 65 penumpang dan enam anak kapal maut dalam kejadian tersebut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky