Kad Mir Rusia Gantikan Visa Dan MasterCard

  • News Code : 853515
  • Source : ABNA24
Brief

Bank terbesar Rusia, Sberbank berkata ia sedang bersedia untuk mengeluarkan 10 juta kad kredit kepada warga negara itu sebagai sebahagian daripada langkah yang dijangka akan membawa negara tersebut lebih hampir dengan rancangan untuk menggantikan penggunaan sistem perkhidmatan yang ditawarkan oleh Visa dan MasterCard.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bank terbesar Rusia, Sberbank berkata ia sedang bersedia untuk mengeluarkan 10 juta kad kredit kepada warga negara itu sebagai sebahagian daripada langkah yang dijangka akan membawa negara tersebut lebih hampir dengan rancangan untuk menggantikan penggunaan sistem perkhidmatan yang ditawarkan oleh Visa dan MasterCard.

Sberbank dalam kenyataannya mengumumkan bahawa para penerima kad yang dikenali sebagai kad kredit Mir terdiri daripada "pekerja sektor awam, pesara, dan pelanggan lain yang memilih perkhidmatan Mir untuk keperluan kewangan peribadi mereka".

Kad itu sendiri merupakan salah satu daripada elemen penting yang membentuk sistem pembayaran Mir di Rusia. Sistem itu dilancarkan pada tahun 2015 selepas sebahagian pelanggan bank mengadu bahawa mereka tidak dapat menggunakan perkhidmatan Visa dan MasterCard mereka berikutan sekatan Amerika Syarikat.

Menurut laporan RT.com, setakat ini terdapat sekitar 1.2 juta terminal POS yang menerima kad Mir di 800 lokasi runcit dan perkhidmatan serta 24,000 kedai online di seluruh Rusia. - Agensi

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram