Kami Akan Penggal Kepala Semua Pengkhianat: Erdogan

  • News Code : 842466
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran bahawa beliau akan memenggal kesemua kepala pengkhianat di negaranya. Kenyataan itu dibuat oleh beliau ketika negara tersebut sedang sibuk memperingati hari ulang tahun cubaan rampasan tentera yang gagal pada Julai tahun lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran bahawa beliau akan memenggal kesemua kepala pengkhianat di negaranya. Kenyataan itu dibuat oleh beliau ketika negara tersebut sedang sibuk memperingati hari ulang tahun cubaan rampasan tentera yang gagal pada Julai tahun lepas.

Erdogan pada hari Sabtu menyampaikan amaran bahawa kerajaannya sedang berusaha keras untuk memperkenalkan semula hukuman mati di negara itu ketika memberi ucapan di hadapan ribuan peserta perhimpunan.

"Pertama sekali, kami akan penggal kepala setiap pengkhianat," katanya.

Sebarang tindakan untuk memperkenalkan semula hukuman mati di Turki akan menamatkan rundingan untuk memasukkan negara tersebut di dalam Kesatuan Eropah.

Turki sudah berdekad-dekad berusaha untuk menjadi negara anggota EU walaupun rundingan rasmi hanya bermula pada tahun 2005. Akan tetapi, proses itu sentiasa berhadapan dengan cabaran dan hanya 16 bahagian daripada 35 bahagian yang perlu dilalui oleh Ankara untuk melengkapkan prosedur kemasukan negara baharu telah dibuka untuk Ankara.

Parlimen Eropah pada November lepas menggantung kesemua dialog berhubung keahlian Turki di dalam EU dengan menyatakan rekod hak asasi dan pelaksanaan undang-undang di negara itu yang merosot selepas cubaan rampasan kuasa 15 Julai lalu.

Turki pada Januari lepas memanggil semula EU untuk menyambung semula rundingan tersebut.

Turki pada 15 Julai 2016 menyaksikan sebuah cubaan rampasan kuasa apabila sekumpulan anggota tentera negara itu mengisyhtiharkan bahawa Erdogan sudah tidak lagi berkuasa di negara itu.

Kudeta itu walau bagaimanapun menemui kegagalan selepas menghadapi tentangan hebat daripada warga awam negara itu. Sekitar 250 orang terbunuh dan 2,200 yang lain pula mengalami kecederaan di dalam insiden tersebut. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram